Sembang Dengan Mok - Maafkan Aku Mok
By shamfariz 12:21 PMSemenjak pasang streamyx kat rumah ni... aku kerap call mok kat kampung... Alhamdulillah... maklum la.. penggunaan telefon rumah ke rumah T...
Semenjak pasang streamyx kat rumah ni... aku kerap call mok kat kampung... Alhamdulillah... maklum la.. penggunaan telefon rumah ke rumah TM tak cas..free jer... untung la.. internet dapat.. call free pun dapat... kalau call hp mmg tak boleh la... kena cas... internet kat rumah pun laju baget... itu baru pakej streamyx RM110 sebulan untuk 1mb.
Sudah seminggu.. hari2 aku call Mok.. dah ada kemudahan talian telefon free ni.. aku tak nak la lepas peluang ni... call selagi boleh... maklum lah aku ni kan jauh di perantauan..jarang2 balik kampung.. sekurang2nya bila aku call selalu.. dapat la menggembirakan hati mok.. terasa la dekat walaupun jauh..
Sembang punya sembang dengan mok... tak sedar dah 1 jam lebih aku sembang.. mok pulak rancak bercerita..berbual... cerita pasal zaman muda mok.. dan yang terbaru pasal Mok Long Yah (Kakak Mok yang sulung).. kasihan Mok Long.. terbaring jer kat rumah.. kata Mok, Mok Long alami tulang reput.. dan ada darah tinggi... Sekarang ini umur Mok Long sudah cecah 78 tahun... Moklong pernah hadapi detik2 kesusahan ketika zaman Jepun jajah Tanah Melayu dahulu.. ketika itu Mok Long masih remaja.. umur baru lelasan tahun... sekarang ini keadaan agak uzur...kasihan... teringin nak melawat Mok Long.. tapi aku belum boleh balik lagi ni... tunggu free aku balik la melawat Mok Long.. Ya Allah... panjangkanlah umur Mok Long...
Ayoh Long dan Mok Long
Mok...hari-pergi melawat Mok Long.. sedih katanya bila tengok keadaan Mok Long..
Mendengar suara Mok sayu jer bila cite pasal Mok Long...aku terus ubah topik.. cite pasal lain la.. banyak topic sembang dengan Mok.. Mok banyak meluarhkan perasaan dan bercerita pasal dirinya... perbualan aku dengan Mok malam tadi banyak menyedarkan aku..sangat menyentuh perasaan aku ni... betapa aku tau Mok sangat memerlukan seseorang untuk berbual.. siapa lagi.. mesti la anak-anak..
waktu kecil.. Mok la tempat mengadu sakit demam.. Mok la yang basuh baju, kemas rumah dan macam2 kerja yang Mok buat untuk bahagiakan keluarga... Mok dah sangat banyak korban untuk kami.. waktu mudanya dihabiskan bersama dengan ayoh dan anak-anak.. maklumlah.. Mok suri rumah.. kononnya tidak bekerja.. tapi.. sensungguhnya suri rumah lah yang sangat penat bekerja.. sebelum subuh dah bangun.. nak siapkan sarapan untuk keluarga... selepas subuh.. pergi cari barang2 nak masak..kemas rumah.. jaga anak2 yang masih kecil... nak harapkan kami yang dah besar ni..? ah! main jer pandai.. jalan sana..jalan sini... tak ingat nak balik rumah.. petang baru nampak muka kat rumah... Mok kepenatan bekerja sampai malam.. betapa besarnya pengorbanan Mok..
Ayoh dan Mok tercinta..
Ya Allah... besarnya pengorbanan Mok terhadap kami... adik beradiku ada 7 orang.. tapi yang tinggal dengan Mok Ayoh hanyalah sorang jer..itu yang bongsu... mana pergi 6 lagi anak-anak Mok? termasuk la aku ini... jarang balik kampung menjegah Mok Ayoh.. kesibukan bekerja di perantauan.. mencari rezeki... sepatutnya tidak melalaikan kami dalam menunaikan tanggungjawab terhadap Mok dan Ayoh.. aku sedar semua itu..aku sedar..
Kerana itu la.. mulai saat ini.. aku mesti ambil berat terhadap Mok dan Ayah.. kalau pun jarang2 balik.. call la.. call.. biar Mok dan Ayoh tu rasakan yang kita ni walaupun jauh tapi dekat dengan mereka.. dengar luahan mereka... kini aku faham.. orang tua kita tu nak sangat bersembang bercerita dengan anak2.. mereka akan rasa seronok... kita ini sebagai anak.. kita dengar la cerita mereka.. kisah mereka masa lalu..ada kita kesah? ada kita tahu sejarah mereka..? ambil la kesempatan ini bertanyakan sejarah mereka.. zaman kanak2 mereka.. zaman muda mereka.. pengalaman mereka.. sudah tentu mereka seronok bercerita.. aku.. aku dapat rasakan betapa seronoknya Mok Ayah bila mereka bercerita tentang mereka..
Waktu kecil Mok Ayoh la tempat kita mengadu.. mintak duit dan sebagainya.. apa salahnya di hujung2 usia mereka..kita pula dengar cerita mereka.. apakah kita mahu menunggu ketika Mok dan Ayoh matanya sudah terpejam rapat.. badan terbujur kaku dibaluti kain putih... aku katakan TIDAK.. TIDAK.. aku belum bersedia lagi untuk semua itu.. jasa Mok dan Ayoh tidak akan pernah dapat aku membalasnya.... apa yang aku perlu buat adalah berusaha bersungguh2 menggembirakan hati mereka..
Mok... Ayoh.. maafkan aku.. aku bukan la anak yang soleh.. tapi aku nak Mok dan Ayoh tahu yang aku ini tidak pernah lalai dalam mendoakanmu.. setap selesai solat2ku.. doaku agar Allah merahmatimu dan menempatkan Mok dan Ayoh di syurga dengan RahmatNya... Aamiiin..
( Zaman Dulu) Adik beradikku
Buat abang dan adik2ku sekiranya ada membaca blog ini.. marilah kita bersama2 gembirakan hati Mok dan Ayoh... kita doakan kebahagiaan mereka..kita doakan mereka mendapat kedudukan yang baik di sisi Allah.. kita doakan Allah mudahkan segala urusan mereka.. kita doakan kita menjadi anak2 yang soleh di mana doa anak2 yang soleh membawa Mok dan Ayoh ke syurga... Aamiiinnn...