10:31 PM
Alhamdulillah..dapat juga keluar dari sarang.hahaha... biasanya kat ofis jer. hari-hari mengadap koding. Sekali sekala dapat kursus/traini...
Alhamdulillah..dapat juga keluar dari sarang.hahaha... biasanya kat ofis jer. hari-hari mengadap koding. Sekali sekala dapat kursus/training luar best juga.
ICT UiTM Puncak Alam menghantar 6 orang staf semuanya. Training bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Bilik Training
Staf infotech yang hadir
Makanan tengahari
bersama boss aku
Bersama Boss, Puan Norafidah
Anda Mungkin Berminat
10:13 PM
Alhamdulillah, hari ini masih cuti bawa isteri dan azhar azfar pergi sarapan di Cafe Masjid Puncak Alam . First time aku sarapan kat situ....
Alhamdulillah, hari ini masih cuti bawa isteri dan
azhar azfar pergi sarapan di
Cafe Masjid Puncak Alam. First time aku sarapan kat situ. Makanan pula boleh tahan.
Kitorang Azhar makan nasi lemak, Azfar makan roti canai, aku dan isteri makan roti sardin. Harga roti canai satu RM1.50, roti sardin pula rm3.50. sedap, boleh tahan.roti sardin saiznya besar gak la.
Pilih menu
Azfar order sendiri roti canai
Suasana tenang, tak la macam kedai mamak kan..hingar bingar..maklumlah cafe dalam kawasan masjid. Cafe ni best.. siap ada tempat sofa, leh santai-santai lepas makan. rak buku pun ada, tu..kat belakang Azfar...
Azhar sarapan nasi lemak
Azfar makan roti kosong jer.. dia tak nak roti sardin.. ada bawang katanya. Azfar tak suka makan bawang.
Roti Sardin, agar besar saiznya harga pula murah..hanya rm3.50
Santai kan tempat ni?..
Azhar Azfar pun asyik lari sana lari sini..meniarap la..guling2 la.. huh..
Kepada yang belum pernah sampai ke Cafe 5 ni, boleh la singgah ya.. bawa family sekali sarapan.
Anda Mungkin Berminat
11:32 PM
Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku berpindah dari UiTM Shah Alam ke UiTM Kampus Puncak Alam. Rasa sayu, sedih pun ada ni.. maklumlah dah...
Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku berpindah dari UiTM Shah Alam ke UiTM Kampus Puncak Alam. Rasa sayu, sedih pun ada ni.. maklumlah dah kenal ramai kawan di Puncak Alam. Muja, Kawan baikku akan berpindah ke UiTM Kampus Kedah, Naim ke UiTM Sungai Buloh, En Rahman ke UiTM Kelantan.
Hari-Hari Terakhir
Ada di antara rakan-rakan Infotech hanya berpindah department sahaja, masih dalam UiTM Shah Alam. Pertemuan dan perpisahan itu sudah menjadi lumrah hidup ini. Setiap yang bertemu, pasti akan berpisah jua..
Aku agak terkilan sedikit tak sempat berjumpa dengan Ros sebelum aku berpindah ke Puncak Alam. Ros sekarang ini masih dalam pantang kerana baru lepas bersalin anak keduanya. Ros merupakan rakan office dan juga team group Projek Sistem Tempahan.
Last Day kami bertiga
Apa-apa pun aku ucapkan terima kepada Ros, Ella, Nik dan Muja kerana banyak bantu aku semasa di JPS. Semoga korang sukses dengan kerja korang...
Si Comel ni anak Baiduri..nak juga dia bergambar.
Perbualan Ros Di Group
Anda Mungkin Berminat
4:01 PM
Cerita ahad lalu..awal pagi aku dan Azhar Azfar ke lereng bukit Saujana Utama, tepi jalan raya. Kelihatan ada 2 orang sedang menadah air ...
Cerita
ahad lalu..awal pagi aku dan Azhar Azfar ke lereng bukit Saujana Utama,
tepi jalan raya. Kelihatan ada 2 orang sedang menadah air di situ.
Bergeleng-geleng bekas air dibawanya... so, kena ikut giliran...
Mereka-mereka yang tinggal berdekatan dengan tempat air bukit ni
bolehlah datang sini. air fresh tak ada klorin..sangat berbeza dengan
air paip kat rumah.
Dengan
gelagat Azhar Azhar yang sememangnya sangat suka main air. Azhar Azfar
lah yang duk menadah air. adakalanya Azhar Azfar menadah mulut dari
tempat jatuhnya air. Seronok betul Azhar Azfar. Aku dimaklumkan, bukan
sahaja orang dari Saujana Utama, Puncak Alam, Alam Jaya yang datang
mengambil air di sini, dari subang pun ada datang. Alhamdulillah..
anugerah Allah yang tak ternilai tu...
Menunggu giliran
Azhar dan Azfar siap minum lagi... haus katanya...
Anda Mungkin Berminat