Sudah bertahun aku tidak pernah jumpa buah kemunting dan pokok kemunting. Last aku dapat merasa buah kemunting ketika aku tingkatan 5. suda...
Sudah bertahun aku tidak pernah jumpa buah kemunting dan pokok kemunting. Last aku dapat merasa buah kemunting ketika aku tingkatan 5. sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak zaman aku, bila masuk hutan, masuk semak cari burung memang akan terjumpa dengan pokok kemunting yang tumbuh merata tempat...buahnya sangat banyak..bila dimakan..sedapnya...
Walaubagaimanapun, akhirnya aku jumpa juga pokok kemunting..bukan di hutan..tapi di pasar malam Sinar Alam, Bandar Puncak Alam. Ada yang buka ruang jual pokok-pokok kat situ. Jadi, aku belilah satu pokok dengan harga rm15. Kemunting tu adalah kemunting putih. Kemunting putih aku tengok daunnya agak lebar sedikit. Kalau kemunting kampung yang pernah aku lihat satu ketika dulu, daunya tidak lebar.
kemunting ketika aku baru tanam
Seminggu kemudian, aku jumpa lagi satu pokok kemunting jenis yang sama di nurseri pokok berhampiran Tesco Puncak Alam. Harga sama juga iaitu rm15. Mahal juga ya pokok ni. kalau dulu, pokok kemunting ni bersepah kat kebun durian ayah aku. tiap kali gi kebun, sempat lagi petik buah kemunting yang masak ranum. sekarang ni kalau intai kat kebun-kebun, memang dah tak jumpa.
2 Pokok Kemunting
Mak aku juga pernah ceritakan pengalamannya di kanak-kanak pernah masuk hutan bersama kawannya (mak kepada kawan baik aku sekarang ni) mencari buah kemunting. Agak-agaknya budak zaman sekarang ni masih kenal ke buah-buahan hutan ni seperti kemunting, buah letup-letup (orang terengganu panggil buah ulat bulu).
Ini dia buah kemunting kampung yang aku petik di hadapan rumah anak saudaraku.
Ini adalah buah letup-letup/ulat bulu
Ini dia pokok letup-letup/ulat bulu