Cara SEO-Kan Gambar untuk Menarik Ramai Pengunjung (Visitor) ke Blog

By 5:27 PM , ,

Cara Menarik lebih Ramai Pengunjung (Visitor) Blog Dengan SEO-Kan Gambar - Cara menari lebih ramai pengunjung dengan gambar sangat mudah. Sebagai seorang blogger apakah yang membuatkan anda seronok dengan adanya blog? Adakah memiliki blog yang cantik interface? Atau dapat dicapai dengan cepat? Ada beberapa hal yang membuat seorang blogger sebenar itu betul-betul merasa seronok.

cara menarik trafik dengan seo gambar


Ada banyak cara mendapat visitor / pengunjung blog salah satunya dengan teknik SEO (Search Engine Optimzation) atau satu caya membuat sesebuah blog/web agar mendapat ranking yang tinggi di carian mesin pencari contohnya google, yahoo dan lain-lain. Jika kita mempelajari SEO lebih mendalam semestinya tidak tertumpu pada tulisan semata-mata namun masih banyak lagi cara contohnya penambahan tag, mengubah font dan saiz header serta manfaatkan gambar untuk mendapat lebih ramai penggunjung blog.

cara tarik trafik seo gambar image blog


Dalam entri saya hari ini, saya akan menerangkan bagaimana cara menarik trafik ke blog anda melalui gambar/picture. Gambar menjadi item/hal yang sangat penting dalam dunia blog/website. Blog yang kurang/tidak ada gambar akan kelihat seperti malap, kurang tarikan dan pengunjung pun akan malas mengunjungi blog kita.  Pentingnya gambar dalam menarik minat pengunjung untuk membaca entri blog anda. Saya sendiri pun kalau berkunjung ke blog yang hanya sekadar terdapat banyak tulisan, terasa malas untuk membacanya. kecuali saya memang betul-betul memerlukan maklumat.

Dari pemerhatian saya, masih ramai blogger yang tidak menjadikan gambar sebagai item untuk menarik trafik ke blog. Saya sendiri telah meng "SEO" kan setiap gambar di blog saya dan sangat membantu menarik banyak trafik ke blog saya. sayangnya masih ramai yang tidak menggunakan cara ini sedangkan dengan cara inilah kita akan mempermudah mesin peancari mengindeks gambar dan membantu pengunjung mudah dalam membuat carian. Kadangkala jika saya agar susah mendapat info untuk satu-satu topik tu, saya akan membuat carian melalui carian gambar yang google sediakan dan sangat membantu. Bagi mereka yang belum memiliki blog, eloklah belajar buat blog terlebih dahulu, terutama mereka yang buat bisnes online

Baiklah, saya akan kongsi step seokan gambar.

1.Tukar/ rename nama asal gambar
Menjadi kebiasaan kita mengupload gambar dengan format DC-222222.jpeg atau pic123.png dan banyak lagi yang semestinya masih menggunakan default name. contohnya gambar yang baru dipindah dari smart phone ke laptop. kita dapat lihat default name gambar itu seperti DSC-222222 .jpeg (contoh). Jika kita bersabar sedikit dan ambil sedikit masa untuk menukar nama gambar itu dengan nama yang berkaitan dengan entri, In Shaa Allah entri kita akan cepat diindex oleh mesin carian. Contohnya gambar berkaitan dengan Belajar Blog, kenapa mesti upload DS-222222.jpeg. Jika kita terus menukar dengan nama belajar_blog.jpeg, sudah tentu akan mempermudah robot google mengindex gambar kita.

2. Menambah Title text dan Alt text
Pernahkan anda terfikir bagaimana robot google membaca suatu gambar dan memaparkan pada laman carian apa yang kita cari? adakah robot akan mengesan dan mengetahui gambar yang kita upload? Jawabannya adalah tidak. Sebenarnya Robot google tidak tahu pun gambar apa yang anda upload. Robot google hanya dapat mengesan melalui tajuk atau title text dan alt text yang kita masukkan dalam gambar kita. Jadi kalau kita menggunakan nama default pada gambar kita, kita akan rugi, kerana kita akan melambatkan masa untuk gambar diindex oleh google dan mengurangkan potensi menarik ramai pengunjung ke blog anda. Sebenarnya cara menambahkan title text dan alt text sangat mudah.

Ikuti langkah di bawah.

- pilih dan upload gambar ke entri anda.

Cara SEO-Kan Gambar untuk Menarik Ramai Pengunjung (Visitor) ke Blog
Cara SEO-Kan Gambar untuk Menarik Ramai Pengunjung (Visitor) ke Blog


- Seterusnya setelah gambar dimasukkan klik pada gambar dan pilih properties seperti yang anda lihat pada gambar.

Cara SEO-Kan Gambar untuk Menarik Ramai Pengunjung (Visitor) ke Blog

- Masukkan title text dan alt text sesuai dengan gambar yang anda inginkan,dan klik ok

Cara SEO-Kan Gambar untuk Menarik Ramai Pengunjung (Visitor) ke Blog

- Klik Ok, jika sudah selesai.

Mudah bukan.? Semoga dengan SEO Gambar/ picture ini dapat menarik lebih banyak trafik ke blog anda.

*jangan lupa ya bagi komen kat entri ini...semoga bermanfaat untuk anda...

Anda Mungkin Juga Meminati

8 comments

  1. perkongsian yang amat penting untuk blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. part ni memang ramai blogger terlepas pandang...

      Delete
  2. sebelum ni saya taip nama blog kat situ. rupanya patut taip tajuk gambar. terima kasih bagi info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara nak cepatkan gambar dan entri diindex oleh mesin carian seperti google, yahoo dan lain2...

      Delete
  3. tip yang bagus.thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. thank you for sharing. nak kena rename semua2 gambar kt blog

    ReplyDelete