2:08 PM
Susah betul nak cari benih pokok rerama ni... kebetulan lalu kawasan pasar di puncak alam, ternampak la ada 2 anak pokok rerama yang diju...
Susah betul nak cari benih pokok rerama ni... kebetulan lalu kawasan pasar di puncak alam, ternampak la ada 2 anak pokok rerama yang dijual... so, tak nak cakap banyak, terus beli 1 pokok berharga rm20. Kata penjual tu, kalau kat sungai buloh, 1 pokok harga sampai rm35.
Alhamdulillah, dah dapat 1 pokok...balik rumah terus pindah kat pasu... hari2 siram..segar bugar pokok rerama tu...
Aku ada kenal seorang brother indon yang bekerja di sebuah nurseri. Dia cadangkan aku semai anak pokok rerama yangg aku beli tu. katanya semai menggunakan tanah bakar. potong bahagian atas pokok rerama tu dan semai... guna tanah bakar...cepat hidup pokok tu...
hari ke empat semai
Hari ke enam semai
hari ke 14 semai
Alhamdulillah... kira dah hidup la ni ya.... nanti dah tinggi...boleh potong dan semai lagi...
Dimaklumkan bahawa banyak
khasiat yang terkandung dalam
pokok rerama ini... antaranya untuk rawatan kanser payudara, kencing manis dan lain-lain.. klik
SINI untuk baca lanjut khasiat
Pokok Rerama..
Anda Mungkin Berminat
11:32 PM
Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku berpindah dari UiTM Shah Alam ke UiTM Kampus Puncak Alam. Rasa sayu, sedih pun ada ni.. maklumlah dah...
Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku berpindah dari UiTM Shah Alam ke UiTM Kampus Puncak Alam. Rasa sayu, sedih pun ada ni.. maklumlah dah kenal ramai kawan di Puncak Alam. Muja, Kawan baikku akan berpindah ke UiTM Kampus Kedah, Naim ke UiTM Sungai Buloh, En Rahman ke UiTM Kelantan.
Hari-Hari Terakhir
Ada di antara rakan-rakan Infotech hanya berpindah department sahaja, masih dalam UiTM Shah Alam. Pertemuan dan perpisahan itu sudah menjadi lumrah hidup ini. Setiap yang bertemu, pasti akan berpisah jua..
Aku agak terkilan sedikit tak sempat berjumpa dengan Ros sebelum aku berpindah ke Puncak Alam. Ros sekarang ini masih dalam pantang kerana baru lepas bersalin anak keduanya. Ros merupakan rakan office dan juga team group Projek Sistem Tempahan.
Last Day kami bertiga
Apa-apa pun aku ucapkan terima kepada Ros, Ella, Nik dan Muja kerana banyak bantu aku semasa di JPS. Semoga korang sukses dengan kerja korang...
Si Comel ni anak Baiduri..nak juga dia bergambar.
Perbualan Ros Di Group
Anda Mungkin Berminat
4:01 PM
Cerita ahad lalu..awal pagi aku dan Azhar Azfar ke lereng bukit Saujana Utama, tepi jalan raya. Kelihatan ada 2 orang sedang menadah air ...
Cerita
ahad lalu..awal pagi aku dan Azhar Azfar ke lereng bukit Saujana Utama,
tepi jalan raya. Kelihatan ada 2 orang sedang menadah air di situ.
Bergeleng-geleng bekas air dibawanya... so, kena ikut giliran...
Mereka-mereka yang tinggal berdekatan dengan tempat air bukit ni
bolehlah datang sini. air fresh tak ada klorin..sangat berbeza dengan
air paip kat rumah.
Dengan
gelagat Azhar Azhar yang sememangnya sangat suka main air. Azhar Azfar
lah yang duk menadah air. adakalanya Azhar Azfar menadah mulut dari
tempat jatuhnya air. Seronok betul Azhar Azfar. Aku dimaklumkan, bukan
sahaja orang dari Saujana Utama, Puncak Alam, Alam Jaya yang datang
mengambil air di sini, dari subang pun ada datang. Alhamdulillah..
anugerah Allah yang tak ternilai tu...
Menunggu giliran
Azhar dan Azfar siap minum lagi... haus katanya...
Anda Mungkin Berminat