Hari-Hari Terakhir di UiTM Shah Alam
Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku berpindah dari UiTM Shah Alam ke UiTM Kampus Puncak Alam. Rasa sayu, sedih pun ada ni.. maklumlah dah kenal ramai kawan di Puncak Alam. Muja, Kawan baikku akan berpindah ke UiTM Kampus Kedah, Naim ke UiTM Sungai Buloh, En Rahman ke UiTM Kelantan.
Hari-Hari Terakhir
Ada di antara rakan-rakan Infotech hanya berpindah department sahaja, masih dalam UiTM Shah Alam. Pertemuan dan perpisahan itu sudah menjadi lumrah hidup ini. Setiap yang bertemu, pasti akan berpisah jua..
Aku agak terkilan sedikit tak sempat berjumpa dengan Ros sebelum aku berpindah ke Puncak Alam. Ros sekarang ini masih dalam pantang kerana baru lepas bersalin anak keduanya. Ros merupakan rakan office dan juga team group Projek Sistem Tempahan.
Last Day kami bertiga
Apa-apa pun aku ucapkan terima kepada Ros, Ella, Nik dan Muja kerana banyak bantu aku semasa di JPS. Semoga korang sukses dengan kerja korang...
Si Comel ni anak Baiduri..nak juga dia bergambar.
Perbualan Ros Di Group
0 comments