Jom Balik Terengganu Jumpa Mak Ayah

By 12:25 PM

Minggu lepas balik terengganu..
sudah lama tidak balik kampung.. rindu kampung halaman..
rindu kat mak dan ayah..
kali ni aku balik sorang2 jer..tak bawa anak-anak dan isteri..
aku balik pun tompang adikku yang kebetulan juga nak balik kampung..

sepanjang di kampung..tak ada aktiviti sangat yang aku buat...
ada la tolong mak ayah sikit2..cam buang sampah..timbun tanah kat belakang rumah..
nak keluar jalan2 pun asyik hujan jer..
hujan tak la lebat sgt..tapi kalau keluar jalan2 pun rasa tak seronok la...
lagi pun anak2 dan isteri tak ada sekali..lagi la aku malas nak keluar...

benih nanas dari mak mertuaku di johor

niat kat hati nak pergi memancing..tapi tak ada teman pulak..
adik2 aku yang lain..tak minat dorg nak follow mancing...
aku ni dah gian pasal dah lama tak mancing...
sekali sekala balik kampung...teringgin la kan..

rumah Alim yang hampir siap (berhampiran rumah mak ayah)

5 hari aku di terengganu tanpa keluar berjalan...
tak per la..dah balik kampung kan nak melawat orang tua..
dah habis bercuti..sabtu malam ahad aku pulang selangor naik bas..
mak ayah aku hantar aku stesen bas...

stesen bas MPKT

bila aku tenung wajah dorang..aku rasa kasihan sangat...
dorang dah tua...dah penat..sakit sana sakit sini...
penat membesarkan kami 7 beradik..
ketika  makan malam bersama mak malam tu..
kami ada la ceritakan kat mak yang kehidupan kami di perantauan memang susah sikit..
barang semua mahal...

setelah habis bercerita kat mak..
mak pula buka cerita..
kata mak dengan slang2 terengganunya.. 

" susoh2 mung.. orang.. tak dok lagi sapa pinjam beras kat rumoh orang, susoh2 aku dengan ayoh mu..nok besorkang mung belaka.. masa di sarawak dulu..ayoh mung sanggup gi rumoh orang pinjam beras..takut anok2 lapor..."

mak ai..bila dengar kata2 mak tu..membuatkan aku sedar..betapa besar pengorbanan mak dan ayah dalam membesarkan anak2...

sambung mak "..mok ayoh sembunyi kesusohan takot anok2 tahu....mung patut syukor apa hok mung ada sekarang ning..."

kami terdiam dengan kata2 mak tu..memang ada benarnya...
aku bangga dengan mak ayah aku sebenarnya..walaupun hidup susah..tapi dapat juga membesarkan anak2 7 orang ni..begitu bersar jasa mereka... semoga kami adik beradik tidak menjadi anak2 yang lupa diri..lupa pengorbanan mak dan ayah... aminn...

Anda Mungkin Juga Meminati

0 comments