Dalam Saf Solat pun dah tak bersatu...

By 11:04 AM

Assalamualaikum..

Aku ucapkan selamat berpuasa kepada korang...  semoga dalam 10 malam terakhir ramadhan ni kita dipertemukan malam lailatul qadar.. In Syaa Allah...

Bila baca tajuk entri aku tu, mesti korang dah dapat agak sikit2 kan? begini ceritanya... ada satu surau (dirahsiakan tempatnya).. aku memang selalu solat di situ... cuma ada beberapa perkara yang membuatkan aku tak senang melihatnya...

(sumber gambar : google)

1) Azan lambat ( dah masuk waktu tapi belum azan) terutama waktu zohor dan asar
- aku datang awal surau.. nak tengok apa cerita. ermm... padan la.. pemegang kunci bilik PA sistem datang lambat.. setahu aku pemegang kunci bilik tu dimiliki juga oleh AJK lain... kelewatan pemegang kunci sampai, membuatkan jemaah semua menunggu...

2) Dah azan 5 minit baru la kelihatan ada orang datang
- begitu la tiap2 hari... tu yang menyebabkan solat agak lambat.. aku lihat kawasan tu  memang bawakannya macam tu... tak nak ubah.. AJK pun tak gerak sangat.... tempat tu ramai juga penduduk... sedih betul...

3) Solat saf tak sempurna (ini yang paling utama)
- Dalam solat berjemaah.. soal saf jangan diambil ringan.. aku sengaja solat di saf belakang.. nak lihat bagaimana susunan saf. kelihatan tumit tak sama.. dan kedudukan jemaah tak rapat ( jarak2 antara satu sama lain). Imam solat tak bersuara arahkan jemaah berdiri dalam saf dengan betul.. tahukah korang semua.. bila dalam saf solat sudah tidak ikut peraturan... dalam solat pun kita dah tak bersastu..  dalam kehidupan kita macam mana agaknya... hubungan kita dengan masyarakat.. dengan jiran2 kita.. mesti korang nampak bukan... masing2 membawa haluan sendiri...

(sumber gambar : google)


Mari kita lihat beberapa hadith Nabi S.A.W. berkenaan dengan saf solat :

1) Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan sembahyang.

2) Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sempurnakanlah saf-saf. Sesungguhnya aku dapat melihat kamu yang berada di belakangku.

3) Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Rapikanlah saf semasa sembahyang kerana merapikan saf itu sebahagian dari keelokan sembahyang.

4) Hadis Nu'man bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu ingin meluruskan saf-safmu atau Allah akan menggantikan wajahmu.

5) Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi. Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan sembahyang, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak.

6) Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Seandainya kamu mengetahui atau mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam saf yang di hadapan, nescaya kamu atau mereka akan mengadakan undian.

Aku tidak nafikan memang ada surau2 dan masjid2 yang sangat bagus pengurusan dan perlaksanaannya.. ada yang betul2 menjaga saf solat.. dan aku yakin.. penduduk yang mengimarahkan masjid atau surau sebegitu rupa di tempat mereka.. hubungan mereka sesama penduduk dan jiran sangat baik...

Di sini aku ingin menasihati diriku dan juga korang.. rajin2 la ke surau masjid.. solat berjemaah.. terutama lelaki.. kerana di situ adanya RAHMAT ALLAH...

Wallahu A'lam....

Anda Mungkin Juga Meminati

0 comments