LEPAS SOLAT TERUS KELUAR, TAK BOLEH BARING-BARING, LEPAK-LEPAK

By 3:43 PM

Assalamualaikum.. mesti korang pelik kan dengan tajuk entri aku kali ni.. kisahnya begini.. sekarang ni kan dah masuk 10 malam terakhir ramadhan.. so, dikesempatan yang ada nak la rebut peluang beri'tikaf kat masjid.. di masjid tak ada tilam bantal.. moga2 dapat la jumpa lailatul qadar..

teringin nak ke masjid baru.. yang cantik..yang canggih.. kat puncak alam tu..
sampai masjid masuk jer pagar depan... 

"nak ke mana bang?" tanya salah seorang security yang berada di situ...
"nak solat" jawab ku..

hairan pula aku..kena mesti tanya soalan tu.. ni kan masjid.. bulan ramadhan plak tu.. 10 malam terakhir lak tu.. memang sudah menjadi kebiasaan umat islam ke masjid  seawal kul 1 atau 2 pagi nak i'tikaf.

aku berlalu meninggalkan bro security yang kelihatan agak sombong tu... dan letak motor aku berhampiran masjid.
macam tak ada orang jer... suram jer.. masjid punya besar.. takkan tak ada orang lain datang solat.. 

lepas ambik wuduk.. terus ke ruang solat... aku solat di luar sahaja.. ruang solat sebelah dalam berkunci...

kelihatan ada seorang brother tu berjubah serba putih sedang solat sunat... biar jer la... aku teruskan solat dan berzikir apa yang patut...

tak lama kemudian, brother yang solat tadi tu datang ke arah aku dan menegurku.. 

bro tu memberitahuku waktu dia nak masuk perkarangan masjid tadi, dia ada ditanya oleh security yang jaga pintu masuk...

"nak ke mana" tanya security..
"nak masuk solat" jawab brother tu..
"lepas solat terus keluar, tak boleh baring-baring, lepak-lepak"
"ruang solat sebelah dalam boleh masuk?" tanya bro tu lagi..
"pintu kunci" jawab security...

mak ai..aku tak da plak security cakap mcm tu...

bro tu meluahkan rasa kecewa dengan pengurusan masjid tu..masjid sangat la besar dan banyak kemudahan.. tapi tak benarkan orang nak imarahkan masjid di waktu 1/3 malam... masjid bukan la untuk kegunaan solat 5 waktu sahaja... 

kalau dibandingkan dengan masjid meru.. tiba je bulan ramadhan... 1 pagi.. 2 pagi.. memang dah ada orang.. semua pakat imarahkan masjid..bukan sahaja bulan ramadhan..bulan-bulan yang lain pun masjid meru boleh dikatakan ramai juga yang datang.. disamping banyak program dijalankan di masjid..

brother tu ajak aku pergi solat kat surau furqon di fasa 2 puncak alam...
Alhamdulillah..selesah la juga...

wallahualam...

Anda Mungkin Juga Meminati

2 comments

  1. yup. kebanyakan masjid terus dikunci selepas solat isya', tidak terhad bln puasa je. mybe ada sebab tertentu, contohnya nak elakkan kes kecurian. tapi perangai security guard tu sgt tak patut. bila ditanya dengan baik, jawab la dengan baik jgak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu farhana.. lagi2 bulan puasa...kurang2 berkata la dengan baik..agar tidak menyakiti hati sesama islam.. masjid akhir zaman hanya gah pada dipandang jer.. cuba tengok isinya.. berapa ramai org yang datang bersolat...

      Delete