Anjing Masuk Surau Ar-Rahimah Puncak Alam

By 2:43 PM

Lain macam jer entri aku hari ni...

ok ni nak cerita sikit... magrib aku ke surau taman aku tu..
sesampai surau, aku dan beberapa orang jemaah surau terkejut melihat pelapik kaki di bahagian pagar dalam tempat solat kelihatan koyak rabak... sorang jemaah di situ memberitahu ada anjing beberapa ekor masuk surau dan gigit pelapik tu.. kejadian kira-kira dalam pukul 6 petang. pintu pagar utama tidak ditutup dan pagar kawasan solat juga tidak ditutup...

(gambar hiasan)

kelihatan beberapa jemaah bertanya antara satu sama lain.. agak kecoh sedikit...
dan aku? aku macam biasa la..buat macam tak ada per berlaku...
selesai solat magrib.. ada pengumuman memohon agar siapa berkelapangan setelah selesai solat isyak, boleh datang untuk sama2 samak tempat yang dipijak anjing tu..

Sebenarnya.. aku bukanlah tak ambil tahu pasal perkara tu.. sebelum ini juga aku pernah dimaklumkan bahawa anjing pernah masuk masjid ini beberapa tahun yang lalu...

kejadian ini nampak biasa2 jer... tp pada aku bukan biasa2... kejadian anjing masuk surau.. telah memberi impuk yang berlainan pada kotak fikiran aku...

Pada aku.. anjing adalah makhluk Allah yang tidak berakal.. cuba kita fikir sejenak... anjing itu najis dan kotor... surau pula tempat suci juga rumah Allah... persoalannya.. apakah anjing itu tidak tahu itu rumah Allah? kenapa mesti anjing itu memasuki surau? dan yang paling penting, siapakah yang arahkan anjing tu masuk....

Di taman tempat aku tinggal sebenarnya ramai penduduk..tapi surau kelihatan malap.. malap dek kerana tidak ramai yang berkunjung..malap kerana azan selalu lambat dilaungkan... dan ada ketika aku tiba di surau 5 minit sebelum waktu masuk..tiada kelihatan seorang pun berada di surau.. 5 minit setelah surau2 lain melaungkan azan..baru la ajk surau nak laungkan azan.. banyak kali juga keadaan ini belaku...

Berbalik kepada cerita anjing tadi.. aku berpendapat Allah memperingatkan penduduk di situ termasuk aku.. agar cinta pada surau masjid... hidup kan surau  masjid.. orang dah tak nak datang surau, pasal tu Allah hantar anjing masuk surau... Allah takkan hantar anjing tu saje-saje tanpa sebab... mesti ada sebab dan hikmah...

Ada seorang jemaah bercerita.. beberapa hari lalu.. ketika azan magrib dilaungkan.. sekumpulan anjing jadi agresif melompat2 seolah2 ingin terkam ke pintu surau untuk memasuki surau..tapi ajaibnya... anjing itu tak dapat masuk..seolah2 ada dinding penghalang yang menghalang kumpulan anjing itu dari memasuki surau...

moral of the story... datang la surau masjid...cintai masjid... kerana ada Rahmat Allah di situ...

Wallahualam..

Anda Mungkin Juga Meminati

0 comments