INTENSIF MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN (IMKK) OKTOBER 2014

By 9:24 AM

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah... syukur kerana hari ini masih diberi oleh Allah kesempatan hidup.. kesihatan yang baik... dapat menghirup udara segar... dan syukur dengan segala nikmat yang tidak terhingga telah diberikan kepada hambaNya...

Melihat tajuk entri kali ini cam gempak jer kan... pada aku, memang gempak pun tajuk tu...segempak cerita disebalik tajuk tu... so, hari ini aku nak share dengan kawan-kawan pengalaman aku menghadiri PROGRAM INTENSIF MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN (IMKK) pada 23-26 Oktober 2014.. anjuran RICHWORKS...disampaikan oleh DR AZIZAN OSMAN.


Menariknya program INTENSIF MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN (IMKK) ini lain daripada yang lain.. sangat luar biasa... hanya dapat dirasai oleh mereka yang menghadiri program / seminar itu sahaja.

Let me story sikit kat korang.. Program IMKK yang lepas-lepas telah melahirkan sangat ramai jutawan yang mempunyai kolam jiwa yang bersih.. hebat.. Jutawan yang mempunyai sikap dermawan..

Jika korang nak tahu.. Program IMKK bukanlah lahirkan jutawan semata-mata tetapi menerapkan juga nilai2 murni pada setiap peserta atau dengan kata lain.. "memprogramkan" otak mereka dengan unsur2 yang positif... kerana itulah jutawan-jutawan yang terhasil dari program IMKK telah terdidik minda mereka.. sentiasa positif. paling best.. para peserta diajar menghargai orang sekeliling.. terutama Ibu dan bapa. Kehidupan kita ini berkait rapat dengan hubungan kita dengan Mak dan ayah kita.. nak berjaya dunia dan akhirat,..buat baiklah pada kedua Ibu bapa.. restu orang tua tu penting..



Berbalik cite pasal aku pula ya.. Alhamdulillah.. aku sangat syukur.. dengan kehadiran aku ke Program IMKK, banyak perubahan yang berlaku pada aku... paling ketara adalah aku telah berhenti rokok sepenuhnya bermula 25 Oktober 2014. Bertahun aku menghisap rokok..menyedup tanpa ada rasa bersalah... akhirnya berjaya meninggalkan tabiat morokok...



meh aku story sikit lagi pasal rokok ni... hari ke 2 IMKK.. satu slot Dr Azizan Osman mengenai rokok.. Rokok adalah unsur negatif... bila kita hisap..unsur negatif akan melekat pada kita.. rokok boleh melemahkan seseorang.. walaupun kita tidak merokok..tetapi bila rokok bersentuhan dengan badan kita.. unsur negatif pada rokok itu akan mempengaruhi kita...



Kata DAO lagi.. kita berimpian Allah kabulkan segala permintaan kita.. impian kita.. tetapi nak tinggalkan tabiat merokok pun kita tak mampu..masih bergantung pada rokok yang tidak memberi faedah kepada si perokok... dari segi hukum.. ada pendapat mengatakan haram.. ada juga pendapat mengatakan makruh... yang pasti Allah tidak suka... so, kita dah buat sesuatu yang Allah tidak suka... masa yang sama kita minta minta macam-macam dengan Allah... nak berjaya dalam hidup lah.. nak jadi kaya lah.. dan macam2 lagi kita minta... rasa-rasa la, Allah nak tak terima doa kita tu.... sama-sama kita muhasabah diri...



mendengar kata-kata DAO.. aku terus turun dari kerusi dan terus ke depan pentas (tepi pentas ada tong sampah..) dan mencampak rokokku dalam tong sampah...termasuklah pe metik api turut aku campak.. saat itu lah aku tekad berhenti rokok sepenuhnya... huh... lega. kalau korang nak tau.. bukan aku saje yang ke depan dan campak rokok.. ramai lagi peserta-peserta seminar yang buang rokok mereka... syukur Alhamdulillah.. boleh mula hidup baru tanpa rokok...



Tetulus ikhlas hatiku mengatakan Program IMKK ini adalah program yang terbaik yang pernah aku ikuti.. setiap slot diisi dengan nasihat yang sangat berguna..

Pembersihan kolam jiwa itu penting...

Saksikan Video IMKK OKTOBER 2014



Rozi Talib (Anak Timur)



Anda Mungkin Juga Meminati

0 comments