Tip Murah Rezeki...
Bangun pagi sebelum subuh. Banyakkan berdoa supaya pintu rezeki terbuka. Bagi
para isteri galakkan suami berjemaah solat subuh di Surau/Masjid.
Jangan tinggal solat hindari dosa.
Memperbanyakkan selawat & istighfar. Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa
seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan
kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan
si hamba. Sabda Nabi S.A.W : ” Barang siapa memperbanyak istighfar maka
Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala
masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” ~
Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abdullah bin Abbas r.a.
Jangan abai ibu bapa. Selalu menjaga
kebajikan, berdoa, tanya khabar, berbuat baik, hormat & syg pada
mereka. Para para isteri, jgn halang suami berbakti kepada ibu bapanya
kerana syurga suami adalah ibu bapanya. Dan syurga isteri dibawah tapak
kaki suami. Rasullallah S.A.W bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu
bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan
umurnya.” ~ Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim.
Menunaikan
zakat, berbuat baik & memperbanyakkan bersedekah. Nabi S.A.W
bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa
kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza
wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang
membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan
baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan
baginya.” ~ Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Selalu ingat
pada Allah. Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa
lapang. Firman-Nya: ” iaitu orang-orang beriman dan hati mereka menjadi
tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati
Allah hati menjadi tenteram.” ~ Ar-Ra’d: 28
Amalkan solat malam ~ tahajud & solat Dhuha.
Berdoa,
bersyukur & bertawakal. Dengan tawakal, seseorang itu akan
direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: ” Barang siapa
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” ~
At-Thalaq: 3
0 comments